Pages

Friday, May 31, 2013

NIATKU-INTRO

SALAM....
lama jugak tak update blog ni...
aku nak update tapi tak dek cerita yang boleh kongsikan...
tapi aku tetap nak update so telah datang satu idea untuk aku membuat satu cerita...
insyaAllah plot cerita ni adalah benar cuma watak dalam cerita ni aku ubah sedikit dan ade beberapa part mungkin akan aku akan tambah...
insyaAllah tajuknya NIATKU...
tetapi aku tetap akan update pasal benda lain jugak hehehe...
dan aku harap orang yang sebenar untuk cerita ini tidak marah sebab aku cerita pasal dia...
hahaha...
bye...

NIATKU- ADAM



'Bila mana seorang bayi dilahirkan, telah tercatat di Luh Mahfuz Allah, siapakah JODOH dan ajal mautnya'. Lumrah bagi seseorang itu ingin berpasang-pasangan. tetapi haram bagi seseorang itu untuk mempunyai pasangan kecuali dengan niat untuk mengahwininya. 

nama aku ADAM.
dalam masa menunggu keputusan SPM aku telah dipertemukan semula dengan seorang gadis yang telah aku kenal semenjak dari bangku sekolah rendah lagi. kami terputus hubangan apabila aku memasuki sekolah berasrama penuh. masa yang lapang telah kami gunakan untuk berkongsi cerita melalui telefon bimbit. aku dapat rasakan yang dia tidak berubah kerana tutur kata dan bahasanya sangat sopan dan manis seperti dulu juga. yang aku ingat di sekolah dulu kami memang sentiasa bersama kerana disamping kami berada dikelas yang sama kami juga sering mewakili sekolah dalam pertandingan bahas.

nama dia FATIN.

rumah fatin ni tidak jauh dari rumah aku dan ibubapa kami kenal antara satu sama lain. Fatin kata dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap aku. kerana mungkin aku sekelas dengannya dan aku antara pelajar terbaik disekolah dahulu. sebenarnya aku pon mempunyai perasaan yang sama cuma LELAKI tidak suka untuk melayan perasaan dan pada ketika itu aku pon masih terlalu muda untuk memikirkan hal ini.

tapi sekarang aku rasa semenjak kami bertemu semula, perasaan aku terhadap FATIN sangat kuat. dan aku mula merasakan yang aku akan mengahwininya. kami kerap berhubung sehingga tiba keputusan SPM diumumkan. ALHAMDULILLAH aku mendapat keputusan semua A1 dan aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke MESIR dalam bidang perubatan.

BERSAMBUNG......

Sunday, May 5, 2013

_KEPUTUSAN_

SALAM...

saja nak calitkan sikit pasal RESULT semester 7 yang baru keluar baru-baru ni...
ALHAMDULILLAH lulus kesemuanya...
walaupun pada mulanya agak kecewa sebab result kali ni agak rendah jika nak dibandingkan dengan sebelum ni...
tapi bila difikirkan kawan-kawan yang tidak bernasib baik tidak lulus aku  rasa bersyukur tidak diberi ujian seperti mereka...
semoga mereka tabah menerima ujian ini...
FIGHTING!!!
bye...

_PRU 13_

SALAM...
5 MEI 2013...
tarikh mengundi dan kita sudah tahu keputusannya...
sejujurnya aku rasa PRU kali ni paling aku dapat dengar dan dapat baca macam-macam pasal politik...
sebab sebelum ni tak pernah berminat pon nak ambil tahu...
tapi sekarang pon tak la minta sangat pon...
hahaha...
tapi aku dikelilingi dengan rakan-rakan yang memang ambil cakna pasal politik jadi secara tak langsung dapat tahu sedikit sebanyak...
tapi yang aku tak berapa minat dengan sesetengah mereka ni dorang suka memaki hamun pemimpin yang mereka tidak suka...
bodoh la, bangang la, aish dalam hati aku cakap "ye memang kau sorang jek yang betul dan tahu semua" hahaha...
aku bukan marah tapi menyampah...
jadi aku pon mengambil tindakan untuk senyap sahaja sebab aku pon bukan tahu apa kan...
tapi bila aku senyap dianggap pro-kerajaan pula...
hahaha...
aku tak kesah pon nak kata apa sebab masing-masing ada hak untuk memilih...
aku pon masih keliru lagi nak memilih mana satu tapi ISLAM tetap yang pertama...
yang penting jangan sebab kita berbeza fahaman politik hubungan ukhwah kita terputus...
bye...

_MKG_

SALAM...

ALHAMDULILLAH selesai sudah majlis batch ni...
selepas lebih sebulan planning untuk majlis ni akhirnya berlangsung jugak majlis walaupun sederhana sahaja...
kali pertama membantu untuk program batch...
memang aku pon teringin nak menyumbang sesuatu kepada batch sendiri...
hehehe...

bersama pengarah program yang macho beberapa jam sebelum majlis bermula...
 meja hulubalang(AJK)
mirwan dan shafiq yang sudi membantu... 
hahaha... 
dan gambar hiasan...




 AJK yang bertungkus-lumus menjayakan MKG...
seronok dapat bekerja dengan mereka semua...
bye...

FRIENDS