Pages

Sunday, June 24, 2012

_MABRUK_

 SALAM...
bukan main panjang lebar lagi ENCIK diatas ni membaca segala rintangan dan dugaan yang mereka hadapi dalam masa pilihanraya berlangsung...
kekeke...
MEDAN TAHRIR...
ALHAMDULILLAH...
akhirnya keputusan pilihanraya MESIR diumumkan juga...
selepas beberapa kali ditangguhkan kerana terdapat bantahan oleh AHMAD SYAFIQ tetapi akhirnya hasil doa seluruh umat islam yang mahukan kebangkitan islam termakbul juga...
kemenangan menyebelahi DR. MORSI sebagai presiden baru MESIR...
alhamdulillah...
...
(copy&paste)
Ada dua calon iaitu Mohammed Mursi dan Ahmed Syaffiq. Mursi merupakan calon presiden dari Ikhwan. Sedangkan Syaffiq merupakan perwakilan dari regim lama, Hosni Mubarak. Ada kisah menarik yang terjadi di salah satu daerah di Mesir.

Seorang gadis naik teksi. Setelah duduk dalam teksi, si pemandu bertanya, "Siapa yg anda akan pilih?” Si gadis menjawab, “Mohammed
Mursi.” Si pemandu hairan dan btanya “Kenapa? Dia kan Ikhwan…” Si pemandu semangat mengkritik Morsi, “Saya ini seorang muslim dan nama saya juga Mohammed.” Si gadis lantas menjawab: “Saya Kristian dan nama saya Maria.” Si pemandu teksi hairan dan semakin bingung dan berkata: “Bukankah Shafqiq akan membenarkan Injil dalam buku pelajaran dan menghapus ayat-ayat Al-Quran?”

Si gadis menjawab: “Bagaimana mungkin saya akan memberikan suara saya kepada orang yang tidak menghormati agamanya?” Si gadis berkata lagi.. “Ketika gereja saya diledakkan, Shaffiq ada bersama Mubarak, sementara Ikhwan ketika itu di penjara…."Ketika syuhada’ berguguran, Shaffiq menjawat sebagai Perdana Menteri, sementara Ikhwan ada bersama para demonstrasi." Kelu pemandu teksi dengan huraian si gadis Kristian...lalu bersetuju turut sama menyokong Mursi!

...
semoga dengan pemilihan DR. MORSI sebagai presiden baru ni dapat mengubah MESIR menjadi negara yang lebih maju bukan sahaja dari segi infrastuktur tapi juga maju dalan pemikiran...
dan membebaskan saudara kite di PALESTIN...
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DI UCAPKAN KEPADA DR. MORSI...
ALLAHUAKBAR...
bye...

No comments:

FRIENDS