Pages

Wednesday, February 26, 2014

OB

SALAM.
Sebelum balik mesir hari tu baru buat azam untuk tidak mahu terlibat lagi dengan apa-apa kerja atau event kerana mahu memberi sepenuh perhatian pada pelajaran tetapi diri ini kalah apabila kawan meminta pertolongan jadi terpaksa la jugak terima tugasan insyaAllah cuba ikhlaskan diri dalam setiap perkara yang dilakukan,
p/s gambar ni nak bagi family tgk sebenarnya sebab,,,,

EMOSI

SALAM.
agak lama jugak tak meluahkan perasaan kat sini.
mungkin sebab merasa diri ini sudah TUA kot jadi malas la nak bercerita. HAHA.
redha, sabar dan bersyukur adalah perkara yang selalu aku cuba hadirkan dalam diri ni bila mana rasa tertekan, kecewa dan sebagainya kerana aku percaya dengan itu dapat mematangkan aku.
dan kengkadang aku lebih suka bersendiri bukan kerana aku mementingkan diri cuma kerana aku rasa lebih selesa.
bye...


Friday, November 8, 2013

_THROWBACK #1-ATTACHMENT_

SALAM...
alhamdulillah tahun ni berpeluang untuk buat attachment di HOSPITAL SUNGAI BULOH selama tiga minggu...
memang seronok itu pun mungkin sebab dapat kat DEPARTMENT EMERGENCY & TRAUMA...
DEPARTMENT ni memang meriah macam-macam boleh buat...
macam biasa la kami kan budak baru belajar kena marah tu biasa la...
first day masuk dah kene sindir... haha
banyak jugak la benda dapat belajar dan dapat buat...
ni dalam bilik prosedur tempat kami 'kacau' MA (medical assistant) buat keje...
bilik ni banyak pakai untuk T&S (toilet&suture) so ramai yang putus jari ke koyak kepala ke semua jahit kat sini haha...
aku tolong gunting benang jek haha...
tapi kalau prosedur yang simple macam cuci luka,cuci mata bukak jahit tu ktorg akan buat tanpa bantuan MA...
 ni pulak fever center bahagian emergency jugak...
jadi setiap hari practice ambil darah kat sini la sebab ramai patient suspect denggi so memang kena buat blood test...
pada masa yang sama membantu jugak MA yang bertugas... haha
emergency jugak ade green, yellow dan red zone...
zone ni dibahagikan mengikut tahap kritikal pesakit...
tapi selalunya sebelum dihantar ke mana-mana zone pesakit akan masuk bilik triage lebih kurang bilik saringan la...
setiap pagi aku memang akan lepak kat bilik triage ni sebab nurse yang selalu bertugas tu mengandung so dia mintak aku tolong dia kat situ sebab dia malas nak bangun duduk...
haha...
jadi alhamdulillah dapat la selalu buat ECG kat patient sampai bosan dah... haha
first time buat ECG tanpa pantauan takut salah buat nanti salah diagnosis pulak sampai aku buat dua kali tapi lepas dua tiga kali buat dah yakin dah...
lepas tu aku la jugak kena bagi IM antitetanus dan ubat tahan sakit...
thanks to MA yang sanggup bagi peluang dan pada masa yang sama mengajar....
department ni jugak bagi peluang nak naik AMBULANS pergi ambil pesakit...
tapi aku malas nak naik haha...
paling best dapat buat CBD (continous bladder drainage) atau urinary catether...
satu pencapaian yang sangat aku banggakan... haha...
 bergambar dengan specialist yang paling comey...
dan ketua department emergency kat sini adalah graduan ALEX...
so dia pon faham masalah kami yang kurang clinical exposure dan hands on skill...
jadi dia suruh kami rajin sikit...
lagi satu kat emergency ni selalu jugak tengak orang meninggal dan paling tak boleh lupa kami jugak terlibat buat CPR untuk cuba selamatkan pesakit tetapi setakat ni setiap kali CPR tak ada yang sedar semula...
pernah sekali buat CPR sampai satu jam setengah begilir-gilir...
sedih tengok reaksi ahli keluarga di ruang menunggu...
banyak lagi dram-drama kat department ni...
hehe...
overall memang seronok...

Monday, November 4, 2013

_KEMBALI_

 SALAM...
dah lama sangat tak bloging oleh kerana ada masalah dengan account email tak boleh nak log in kat Malaysia so kena tunggu balik Alexandria baru bleh update...
tetapi dah 3 minggu kat Alex ni baru ade peluang nak update...
sebab baru 2 minggu kelas dah Exam end round tak sempat nak relax...
haha bagus jugak kalau tak asyik nak melagha jek kan...

ok bye...

Saturday, August 3, 2013

_COUNTDOWN #0_

 SALAM...
yeay hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba...
hahaha...
hari ini lepas zohor akan bertolak ke airport dan flight pada pukul 5pm...
semoga perjalanan dipermudahkan...
ameen...
bye...
jumpa di MALAYSIA!!!


Thursday, August 1, 2013

_COUNTDOWN #3_

SALAM...
hari ni exam ORTHOPAEDIC...
agak terkejut bila dapat tahu yang result akan keluar on the spot...
jadi ceritanye tadi kene menjawab soalan dua kali...
sebab ada masalah teknikal...
tak tahu la apa masalah yang sebenarnya...
alhamdulillah lulus ORTHOPEDIC...
cuma tinggal keputusan FORENSIC dan COMMED jek belum tahu lagi...

 gambar bersama penjaga peperiksaan...
bye...

FRIENDS