Pages

Sunday, July 28, 2013

_COUNTDOWN #7_

 SALAM...
19 Ramadan 1434H...
hari ni exam COMMUNITY MEDICINE...
rasa lega gile sebab aku rasa subjek ni paling berat untuk sem8 ni dengan study leave yang pendek...
banyak nak kena baca tak mampu nak ingat semua...
tawakal jek masuk dewan exam...
macam biasa jawab sebaik mungkin tapi kebanyakannya aku main 'goreng' jek...
jadi hari ni banyak 'mengoreng' dan 'menembak'...
hahaha...
next exam 1/8 - orthopaaedics...
semoga dipermudahkan...
ameen...
bye,,,

Thursday, July 25, 2013

_COUNTDOWN #10_


SALAM...
16 Ramadan 1434H...
COMUNITY MEDICNE banyak gile nak kene baca...
aku cuba usaha yang terbaik walaupun sekarang ni aku rasa macam tak berdaya nak baca semua ni dalam masa 3 hari ni...
hahaha...
 bye...

Wednesday, July 24, 2013

_COUNTDOWN #11_

 15 Ramadan 1434H...
Alhamdulillah...
hari ni exam FORENSIC AND TOXICOLOGY...
macam biasa la aku jawab jek yang terbaik,termampu dan teringat...
hahaha...
semoga usaha kita dalam masa study week diberkati...
peperiksaan seterusnya 28/7 COMMUNITY MEDICINE...
semoga dipermudahkan...
11 hari lagi nak balik MALAYSIA...
tadi dapat skype dengan IMRAN...
dapat la lepas rindu kat dia, dengar dia cakap LILI=LORI...
hahaha...
bye...

Sunday, July 21, 2013

_HARI KE-13_

SALAM...
ALHAMDULILLAH baru jek bersahur untuk hari ke-13 berpuasa...
jadi sementara nak tunggu berkumandangnya azan subuh nak update sikit la blog aku ni...
kesian HARU-HARU sudah lama terbiar...
haha...
ntah la terasa tak berkelapangan pulak nak update blog macam sebelum-sebelum ni...
jadi insyaAllah 4 OGOS ni aku akan pulang ke MALAYSIA...
waaaa tak sabar nak balik...
rindu kat IMRAN...
tapi bile memikirkan pasal EXAM ni rasa cuak gile...
EXAM 24/7,28/7 dan 1/8....
semoga dipermudahkan...
insyaAllah...
bye...


Wednesday, June 19, 2013

Monday, June 10, 2013

_HASIL KERJA_

 SALAM...
saje nak update hasil kerja aku...
sebab ini sebahagian daripada memori aku di MESIR...
hehehe...
.....
POSTER untuk program BATCH...


 .....
POSTER untuk PROF



untuk PERUBATAN



Friday, May 31, 2013

NIATKU-INTRO

SALAM....
lama jugak tak update blog ni...
aku nak update tapi tak dek cerita yang boleh kongsikan...
tapi aku tetap nak update so telah datang satu idea untuk aku membuat satu cerita...
insyaAllah plot cerita ni adalah benar cuma watak dalam cerita ni aku ubah sedikit dan ade beberapa part mungkin akan aku akan tambah...
insyaAllah tajuknya NIATKU...
tetapi aku tetap akan update pasal benda lain jugak hehehe...
dan aku harap orang yang sebenar untuk cerita ini tidak marah sebab aku cerita pasal dia...
hahaha...
bye...

NIATKU- ADAM



'Bila mana seorang bayi dilahirkan, telah tercatat di Luh Mahfuz Allah, siapakah JODOH dan ajal mautnya'. Lumrah bagi seseorang itu ingin berpasang-pasangan. tetapi haram bagi seseorang itu untuk mempunyai pasangan kecuali dengan niat untuk mengahwininya. 

nama aku ADAM.
dalam masa menunggu keputusan SPM aku telah dipertemukan semula dengan seorang gadis yang telah aku kenal semenjak dari bangku sekolah rendah lagi. kami terputus hubangan apabila aku memasuki sekolah berasrama penuh. masa yang lapang telah kami gunakan untuk berkongsi cerita melalui telefon bimbit. aku dapat rasakan yang dia tidak berubah kerana tutur kata dan bahasanya sangat sopan dan manis seperti dulu juga. yang aku ingat di sekolah dulu kami memang sentiasa bersama kerana disamping kami berada dikelas yang sama kami juga sering mewakili sekolah dalam pertandingan bahas.

nama dia FATIN.

rumah fatin ni tidak jauh dari rumah aku dan ibubapa kami kenal antara satu sama lain. Fatin kata dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap aku. kerana mungkin aku sekelas dengannya dan aku antara pelajar terbaik disekolah dahulu. sebenarnya aku pon mempunyai perasaan yang sama cuma LELAKI tidak suka untuk melayan perasaan dan pada ketika itu aku pon masih terlalu muda untuk memikirkan hal ini.

tapi sekarang aku rasa semenjak kami bertemu semula, perasaan aku terhadap FATIN sangat kuat. dan aku mula merasakan yang aku akan mengahwininya. kami kerap berhubung sehingga tiba keputusan SPM diumumkan. ALHAMDULILLAH aku mendapat keputusan semua A1 dan aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke MESIR dalam bidang perubatan.

BERSAMBUNG......

FRIENDS